Bahaya Penyakit Resdung

Rata-rata sekarang ramai yang telah terkena dengan jangkitan resdung ini secara sedar atau tidak termasuklah saya sendiri.Baiklah disini sedikit info tentang penyakit ini sebagai pengetahuan dan juga sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko penyakit ini.

Penyakit resdung ialah penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus (dinding sinus).Sinus ini adalah rongga dalam bahagian muka anda yang mengandungi udara.Permukaan sinus ini diselaputi kulit yang mengeluarkan mukus atau pun hingus.Resdung terjadi akibat daripada alahan kepada habuk,makanan,asap,jangkitan pepijat,hama atau kutu.

Sekiranya dibiarkan atau pun tidak dirawat dengan sewajarnya,radang  pada ruang sinus akan merebak sehingga ke seluruh bahagian kepala pesakit.Ia menyebabkan radang pada tulang tengkorak yang dipanggil osteomyelitis .Radang ini akan merebak ke bahagian mata yang mengakibatkan kelopak mata sakit dan membengkak.Pandangan akan menjadi kabur dan boleh menjadi buta sekiranya sampai pada tahap kronik.Radang ini juga boleh merebak ke selaput otak yang mengakibatkan meningitis.Sekiranya resdung dibiarkan,ia juga boleh membawa maut.

Antara punca resdung yang telah dikenalpasti adalah:

  • Jangkitan kuman dan virus yang berulangkali pada rongga hidung,menyebabkan seseorang itu mendapat demam dan selsema
  • Struktur tulang hidung yang abnormal seperti patah akibat kemalangan dan sebagainya juga salah satu faktor.Ini disebabkan kawasan rongga yang tersumbat dan dijangkiti kuman.sesiapa yang mempunyai struktur hidung yang sengat atau dipanggil deviated nasal septum juga berisiko tinggi mendapat resdung.
  • Kuman atau pun bakteria daripada gigi atas yang rosak ataupun sakit akan merebak ke kawasan rongga sinus.
  • Tabiat menyelam ke dalam sungai yang kotor atau laut yang tercemar.
  • tabiat mencabut bulu hidung juga perlu dielakkan keran bulu hidung bertindak sebagai penapis kepada habuk atau benda asing yang terdapat dalam udara.

Simptom-simptom penyakit resdung :

  • Hidung tersumbat dan kerap bersin.
  • hidung kerap berhingus terutamanya apabila makan benda pedas.
  • hidung kerap berdarah dan bernanah.
  • rambut gugur dan kelemumur.
  • sakit kepala.
  • jerawat pada belakang badan.
  • muka terasa gatal seperti ada benda merayap dan jerawat bernanah pada muka.

Petua untuk mengurangkan gejala  atau pun mencegah redung ini adalah cuba kurangkan habuk  dirumah anda,antaranya dengan mengamalkan kebersihan di rumah seperti mengelap lantai rumah kerap menjemur permaidani,tilam dan bantal,membesih permaidani dengan pembersih hampagas.jangan memelihara binatang berbulu di rumah seperti kucing,arnab dan lain-lain.Sentiasa menukar cadar dan sarung bantal sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Kaedah rawatan untuk penyakit resdun atau sinusitis ini ialah rawatan endoskopi dengan memasukkan tiub kecil kedalam rongga sinus,setelah kawasan tersebut dikesan punca berlakunya resdung,kawasan itu akan dibersihkan dengan menyedut keluar kawasan jangkitan,biasanya benda yang disedut itu adalah hingus pekat atau kotoran yang kita sedut sendiri seperti habuk yang terdapat dalam udara.Ia melekat pada membran sinus.Sekiranya serius pembedahan kecil juga perlu dilakukan untuk membuang kawasan yang  terkena jangkitan.

sumber maklumat dari:

http://www.biovco.com

2 Respons to “Bahaya Penyakit Resdung”

  1. saya mengalami selesema yang teruk dan sinus sentiasa mengalir….dan adakalanya sinus akan keluar dengan darah yang berketul-ketul.sy ingin tahu adakah itu antara resdung…simptom2 mmg ade cuma jerawat belakang badan tiada dan juga jerawat di muka. jadi saya ingin kan kepastian. rawatan apa yang sesuai bagi saya untuk mencegah ia dari berlarutan. thanks for the infrmtion.

    • matsarul Berkata:

      Pertama sekali saya bukan lah pengamal perubatan atau doktor,simptom-simptom yg nabila alami mungkin juga resdung,sekiranya keluar darah berketul-ketul perlu dipastikan sama ada ia datang bersama kahak atau pun mukus sahaja..mungkin nabila mengalami luka di bahagian tekak atau lelangit sekiranya berasa pedih di bahagian tersebut,sila rujuk doktor berdekatan anda,biasanya rawatan moden,doktor akan memasukkan hos untuk menyedut lendir dibahagian sinus.rawatan tradisional biasanya menggunakan kaedah bekam..rawatan boleh dibuat di kebanyakan pusat2 kecantikan di sekitar anda.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.