Kembali Semula..

Assalamualaikum pembuka bicara..lama saya tak menjenguk laman saya serta mengemaskini kembali laman saya yang sekarang penuh dengan sawang dan semak-samun..ini kerana banyak masalah dan rintangan ditambah juga dengan faktor malas yang melampau,kini kembali semangat untuk melakukan posting untuk tahun baru Hijrah mahupun masihi..diharap kita berada dalam limpahan rahmat-Nya serta menjadi hamba Allah yang bertaqwa.Apakah itu Taqwa??Taqwa merupakan perasaan takut kepada Allah.Adakah kita sudah bertaqwa??apabila saya pandang diri saya sendiri,masih belum cukup ketaqwaan diri saya terhadap Allah S.W.T. Antara ciri-ciri orang yang bertaqwa adalah apabila mendengar nama Allah disebut gementar dan menggigil seluruh tubuhnya menandakan dia takut kepada Penciptanya itu,saya rasa belum mampu lagi saya mencapai sehingga tahap sedemikian,lemahnya Hamba mu ini Ya-Allah..
Firman Allah S.W.T
(2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.)Surah Al-Baqarah ayat 177.Oleh itu sama-samalah kita renungkan tahap ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.