Kenali C.A.D

CAD??? Apakah ia??ia amat rapat dengan kita tanpa kita sedari,Ini disebabkan amalan pemakanan,dan gaya hidup yang kurang sihat yang diamalkan oleh kita sendiri.CAD(Coronary Artery Disease) atau sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia dan juga pembunuh dalam senyap tanpa kita sedari,kita biasa mendengar kematian jiran-jiran kita secara tiba-tiba walaupun mereka dalam keadaan sihat pada luarannya.Dan biasanya punca-punca kematian ini disebabkan penyakit jantung koronari.

Baiklah disini saya memberi sedikit maklumat tentang punca panyakit ini dan bagaimana ia boleh dikaitkan dengan amalan seharian kita.

Jantung merupakan organ yang terpenting dalam tubuh badan dan bertindak mengepam darah ke seluruh badan,ia mengepam sel-sel darah serta nutrien untuk anggota badan,Nutrien tersebut juga termasuklah lemak dan kolesterol.Kolesterol ini akan melekat pada dinding arteri/saluran darah.Lama-kelamaan dinding arteri akan menjadi tebal disebabkan pengumpulan kolesterol ini lalu ia akan menyekat saluran.Bukan itu sahaja,sekiranya dinding arteri pecah,ia akan menyebabkan ketumbuhan yang dikenali sebagai Thrombus.Biasanya pembedahan pintasan jantung akan dilakukan.Biasanya gejala yang biasa dialami pesakit adalah sakit dada pesakit biasanya akan merasa seperti cengkaman yg kuat pada dada,berat dan senak pada dada.Sukar bernafas dan ia akan merebak ke leher dan lengan kiri.Ini berlaku apabila pesakit melakukan aktiviti fizikal atau dalam tekanan emosi.Golongan yang berisiko tinggi untuk bertemu jodoh dengan CAD adalah mereka yang selalu mengambil makanan yang berkolesterol tinggi dan berlemak seperti susu pekat.daging.marjerin atau barter dan sebagainya.Sekian serba sedikit dari saya mengenai CAD.Jalankan pemeriksaan sekiranya simptom-simptom awal dikesan.

Satu Respons to “Kenali C.A.D”

  1. Hai…
    Untuk keterangan lanjut termasuk cara membasmi gejala merbahaya ini dari terus merebak, sila rujuk web page ini:

    Info membasmi resdung dan jerawat

    Thanks.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.