Duduk Lama Depan Komputer BolehMembawa Maut

Posted in kesihatan on November 21, 2009 by matsarul

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot – otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.


Simptom

Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

PERIHAL NERAKA JAHANAM PART2

Posted in Agama on November 3, 2009 by matsarul

Api Neraka itu ada tujuh pintu,setiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari lelaki dan perempuan.

Nabi s.a.w bertanya lagi”Apakah pintunya bagaikan rumah kami??”

Jawab Jibrail:”tidak,tetapi selalu terbuka,sesetengahnya di bawah dari lainnya,dari pintu ke pintu jarak pejalanan70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.(maksudnya pintu kedua 70kali panas dari pintu pertama,begitulah seterusnya,makin bawah makinlah panasnya)

Tanya Nabi s.a.w lagi:”siapakah penduduk pintu2 itu?”

Jawab Jibrail:”Pintu yang terbawah untuk orang2 munafik dan orang2 yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun  sedang namanya Al-Hawiyah.(betapa besarnya dosa2 orang munafik ni)

Pintu kedua yang terbawah tempat orang2 musyrikin bernama Jahim.Pintu ketiga untuk orang Shobi’in yang bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:

“Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka nabi s.a.w. jatuh pesan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh b esar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)Sambung pula untuk post seterusnya..

PERIHAL NERAKA JAHANAM PART 1

Posted in Agama dengan label on Oktober 27, 2009 by matsarul

Assalamualaikum,sekali lagi diizinkan oleh-Nya untuk saya menulis dan menyampaikan kepada saudara-saudara sekalian sebagai peringatan termasuk juga untuk diri saya yang serba kekurangan..Sedikit bahan yang saya petik dari Diari Islamiah..yang sudah membacanya bagusla dan dapat menginsaf kan diri kita ini..Tahukah anda tentang Neraka Jahanam.

Untuk dikongsi,betapa kasihnya Rasulullah S.a.w kepada umatnya…

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a berkata:Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yang Ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh Nabi s.a.w : ”Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawab Jibrail:“Ya Muhammad,aku datang kepadamu di saat allah s.w.t menyuruh supaya  dikobarkan nyalaan api neraka,maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahanam itu benar,dan seksa kubur itu benar dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka  sebelum ia merasa aman daripadanya”.

Lalu Nabi s.a.w bersabda:“Ya Jibrail,jelaskan ppadaku sifat Jahanam”.

Ya,ketika Allah menjadikan Jahanam,maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah,kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,kemudian seribu tahun sehingga hitam,maka ia hitam gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi  Allah yang mengutus engkau dengan hak,sekiranya terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak ,seandainya satu baju ahli neraka itu  digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati  penduduk bumi kerana panas dan bisanya.

demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak,sekiranya satu pergelangan dari rantai  yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit,nescaya akan cair ke bawah bumi yang ke-7

Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak,sekiranya orang di hujung barat terseksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana panasnya.

Jahanam itu sangat  dalam dan perhiasanya besi,minumannya dari air panas bercampur nanah,dan pakaiannya dari potongan-potongan api.

Kita bersambung untuk bahagian 2 Inys’Allah..semoga kita dipelihara dan dijauhi dari neraka Jahanam.

Download Laporan Sistem Autoviral.

Posted in Internet Business on Oktober 17, 2009 by matsarul

Salam,pada post kali saya ingin membuat sedikit review laporan percuma yang baru dikeluarkan oleh saudara Razif dan juga Zamri Nanyan.Kempen PPL juga sedang giat dijalankan,dengan komisen yang agak tinggi juga iaitu 30sen perdownload.Laporan tersebut menerangkan tentang sistem pemasaran yang berkesan dan amat sesuai untuk sesiapa yang menjalankan bisnes internet terutamanya perniagaan affiliate dan MLM.Sistem ini dipanggil Sistem Pemasaran Autoviral,ia digelar autoviral disebabkan sistem ini kena dengan maksudnya iaitu auto yang bermaksud automatik serta viral atau virus yang cepat merebak seperti juga sistem ini.Sistem ini telah dicipta oleh Fulltime IM yang telah menjana beribu-ribu ringgit melalui internet  iaitu Saudara Zamri Nanyan.Kandungan laporan ini merupakan dialog atau temubual antara Saudara Razif dan Zamri Nanyan.Saudara Zamri akan menceritakan maksud dan cara perjalanan sistemnya dan juga keberkesanan sistem autoviral ini sebagai tool untuk memberi pulangan yang lumayan kepada mereka yang menggunakannya.Untuk mengetahui lebih lanjut sila download secara percuma laporan ini.klik disini untuk mendapatkan laporan percuma ini,lebih baik cepat kerana laporan ini amatlah terhad sekali.

PESANAN DARI IMAM AL-GHAZALI

Posted in Agama on Oktober 15, 2009 by matsarul

Imam Ghazali = ‘ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang-bintang ‘
Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’.

Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.’

IMAM GHAZALI’ Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Kapas’
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun’
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Maksud Aidlifitri

Posted in Agama dengan label on September 18, 2009 by matsarul

Bertemu lagi di pada post kali ini..besok dengan Izin-Nya kita mungkin merayakan Aidil Fitri bagi tahun Hijrah 1430.Setelah hampir sebulan kita berpuasa mengharungi segala dugaan,tibalah saat yang dinantikan sebagai tanda kemenangan kita.

Apakah maksud Aidilfitri bagi anda semua?.Baiklah Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah atau suci.ini juga bermakna manusia kembali kepada fitrah,kembali suci dan kebersihan jiwa.Dengan itu dapatlah kita mengekalkankan hidup kita dengan hati yang bersih serta jalan hidup yang diredhai Allah bermula pada Aidilfitri ini.

Oleh itu sebagai hamba-Nya kita sambutlah dengan jiwa yang fitrah dan penuh kesyukuran..kita juga disunatkan untuk bertakbir dan bertahmid pada malam raya dan pagi raya. Sedikit hadis Nabi S.A.W sebaai panduan.(Dari Abu Umamah ,r.a dari Nabi Muhammad SAW sabdaNya :”Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya ( Aidilfitri dan AidilAdha)dengan mengharapkan keredhaan Allah semata –mata ,hatinya tidak akan mati (pada hari Qiamat)sebagaimana matinya hati (orang – orang yang kufur ingkar ) pada hari itu.
(Riwayat Ibnu Majah ).

Allah juga berfirman mengenai hari raya ini–

….dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah : 185 )

Oleh itu marilah kita sambut Aidilfitri pada tahun ini dengan penuh rasa kesyukuran dan tanpa melampaui batas sehingga mencemarkan Aidilfitri yang dikurniakan Allah kepada kita.

Dengan kesempatan ini saya juga memohon seribu kemaafan sekiranya post2 saya ini ada unsur yang tidak menyenangkan dan serta Salam Aidilfitri dari saya

Ramadhan Dan Lailatulqadar..

Posted in Pelbagai on September 7, 2009 by matsarul

Asslamualaikum,Alhamdulillah,masih diberi kesempatan OlehNYa untuk menjalankan tangungjawab sebagai hamba-Nya..Sedia maklum yang Bulan Ramadhan sedang memasuki fasa yang terakhir,Time ni kena double check ni(termasuk saya hehe),apa yg nak kena check tu.

  1. Cukupkah? ibadat aku pada Ramadhan kali ini.??
  2. selama aku berpuasa adakah ia lebih baik atau lebih teruk??(maksud nya dapatkah pahala puasa ni atau sia-sia sahaja)
  3. adakah bulan Ramadhan ini memberi kesan atau sama sahaja macam yang lepas-lepas.??
  4. Adakah aku semakin baik.??
  5. Kalau Allah cabut nyawa ku adakah aku aku akan diampunkan,dan layak-kah aku masuk syurga-Nya??
  6. Ramadhan tinggal beberapa hari lagi,,sempat kah aku untuk mendapatkan ganjaran pahala.??

Baiklah,jawapannya kenalah mengrab selagi peluang masih ada..SELEPAS INI TAWARAN AKAN DITUTUP MUNGKIN JIKA ANDA ATAU SAYA MASIH ADA REZEKI PELUANG AKAN DIBUKA KEMBALI PADA TAHUN HADAPAN.CEPAT SEBELUM TERLAMBAT..HEHE..macam Salesletter pulak..

Setelah masuk fasa2 terakhir Ramadhan sedia maklum,kebanyakan atau segelintir daripada kita akan meningkatkan ibadah kita pada sepuluh malam terakhir.salah satu malam drp sepuluh malam tersebut terdapat malam LailatulQadar.Malam yang lebih baik drp seribu bulan..begitu byk ganjarannya..maksudnya kita masih sempat lagi..untuk beribadah.ini peluang kita..Baiklah dibawah adalah  Junjungan nabi kita Muhammad S.A.W lakukan pada 10 malam terakhir Ramadhan…

Kata `Aisyah “Nabi saw apabila masuk 10 malam terakhir akan mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya daripada tidur”
Malam yang paling baik sepanjang tahun ialah 10 malam terakhir Ramadhan. Ini kerana diharapkan berlaku di dalamnya malam al-Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Masuknya 10 terakhir Ramadhan ialah dengan tenggelamnya matahari hari ke 20 Ramadhan dan berakhir dengan tenggelamnya matahari sebelum bermula hari raya.
Tiga perlakuan nabi pada 10 malam terakhir Ramadhan ialah mengikat kain, menghidupkan malam dan menggerakan isterinya daripada tidur. Menghidupkan malam bererti baginda menghidupkan 10 malam terakhir sepenuhnya dengan ibadah.
Sabit dalam hadis yang sahih bahawa baginda tidak menghidupkan malam sepenuhnya hingga ke subuh pada malam-malam biasa. Justeru hadis ini hanya merujuk kepada 10 malam akhir.
Menggerakkan isteri daripada tidur menunjukkan bahawa baginda tidak mewajibkan para isteri dan keluarga untuk berjaga sepanjang malam. Itu adalah kemampuan baginda. Tapi mereka dibiarkan tidur terlebih dahulu, kemudian dikejutkan daripada tidur untuk sama-sama menghidupkan malam.
Menurut Nawawi dalam Syarh Muslim, para ulama berbeza pendapat tentang maksud mengikat kain. Satu pendapat: ia adalah tanda kesungguhan dalam beribadah melebihi kebiasaan nabi saw pada malam-malam lainnya. Kata sebahagian ulama: ia kinayah kepada tidak berlakunya jima` dengan isteri kerana kesibukan beribadah diwaktu malam.

Sumber daripada
Darul Fuqaha

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.